Giler sikit ajer!!!
Dia jeling ke arah perempuan bertudung hitam dan berbaju pink itu. Walaupun rabun, Affy dapat mengenali dia. Apa lagi bila dah nampak tompok hitam kat atas mulut pompuan tuh.
"Oi Gemok!!"Affy jerit.
"Demmit kau gemush!!! Lambat giler sampai!" si tompok itu menjawab. Sambil itu, dia berjalan ke arah Affy namun pergerakannya agak lambat kerana terpaksa mengheret punggungnya. Affy teringat di zaman kolej dahulu ketika bermain bola tamper bersamanya. Affy kerap bebel sebab si tompok ni slalu tinggal bontot.
Semakin hampir si tompok itu, tahi lalat nya juga semakin jelas. Dah ler kulit si tompok tuh putih melepak, tetiba ada lak tahi lalat terpacak kat atas mulut tuh. Hehe.. namun begitu, tahi lalat itu lah yang buat muka si tompok tuh manis.. (wekkss)
"Fulemak Affy. Kau ni makin lawa laa. Rambut dah panjang ekks. And eh, bila masa kau jadi putih nie?" tanyer si gemok itu dengan mata yang sedia terbeliak kerana terkejut tengok Affy sangat lawa.
"Alaa Bel, kau ni. Pujilah lebey sket. Dah 1 bulan tak jumpa."
"Eh baru sebulan. Chet... Apsal tak lama lagik? Bosan laah jumpa kau. Tapi camner kau putih cepat sangat?"
"Aku sebenarnyer memang dah putih. Kau jer tak nampak! Mata kau kan kecik, so penataan cahaya yang masuk dalam mata tuh tak cukup."
"Demmit!!"
"Anyway Bel, nah coklat aku beli kat Switzerland. Nak kasi bontot kau besar lagik. Bagi kalah J.Lo. Muahahaha"
"Hehe, mmg bontot aku besar. Dari kau tuh takde apa. Anyway, syok pi jalan-jalan?"
"Syok…."
Affy terkenang balik satu bulan dahulu. Dia bersama Elli dalam Colowyck dan di situ lah dia berjumpa dengan orang gile yang amat annoying. Dan dari perjumpaan itulah, dia terpaksa ke hulu hilir dengan orang giler tuh.
"Eh Cik Affy. Apsal awak ternganga? Nama saya sedap sangat ke. Well, memang pun. I love my name. Don't you?" lelaki bernama Rizman itu tak pasal-pasal puji diri. Tapi Affy tak bercakap apa-apa.
Apa? Nama dia Rizman? Rizman Adam? Eh mimpi ke apa ni? Aiyooo!! Affy, maintain. First move, tutup mulut.
"Erm, memang sedap nama awak tuh. Memang patut awak sayang kat nama awak tuh. Yelah, since that's the only thing you can afford to love about yourself," Affy balas tajam. Skang ni Elli lak ternganga. Ya Rabbi, pompuan nie!
"Haha, you're cheeky." Rizman cakap selamber.
"Haha, and you're annoying," Affy sentap. Rizman gelak ajer.
Saiko nyer mamat nie. Nak datang buat biznez ker apa? Elli.. manalah kau jumpa mamat nie!!!
"Anyway Cik Affy, Encik Elli. Kami memang nak sponsor Colowyck ni sebab kami nampak banyak potential untuk kedai awak ni berkembang and mem-franchise-kan diri. But to do that, nak kena lah market some stuff first...." Rizman berenti gelak dan mula berlaku professional sikit. Sikit ajer sebab sambil bercakap dia jelling-jeling kat Affy.
Mereka bertiga berbincang lama lah jugak. Adalah kot 2 jam. Tepat jam 5, Elli dan Rizman berjabat tangan tanda setuju. Tapi muka Affy agak mencuka. Mana taknya, dia kena pi jumpa Rizman ngan boss dia untuk buat presentation pasal kedai kecik dia tuh.
Tapi tak disangka, presentation dia gempak gila babeng, sampai boss tuh terkedu takley nak tanyer pape Cuma agree nak sponsor Colowyck dengan berbesar hati. Hahaha.. puas hati!
Suatu petang; Affy, Aida, Boyoi dan Gaban melepek dekat warung mamak kegemaran mereka di tepi Midveli. Nama warung tuh, Ahter. Gaban suka maka kat situ sebab nama kedai tuh nak dekat-dekat nama boyfriend dia. Boyoi sibuk cerita dia dapat ikan pari masa pi fishing dekat Sungai Rajang aritu. Si Aida lak bercerita pasal hidup dia as a reporter for Astro. And sibuk ajer dia nak tukar nama sbb dia tak suka nama Aida. Gaban lak tak banyak cakap sebab asyik tengok mamak tebar roti bom.
Affy pun takde menda nak citer. Dia dengar ajer si Boyoi and Aida berceloteh. Tapi fikiran dia melalut ke mana hala tah. Esok harinya Affy akan bertolak ke Switzerland, saja-saja. Kononnya dia nak pi hunt for chocolate cream nak bawak balik ke Colowyck.
Affy tak layan Aida and Boyoi pun sebab dia pun dok tengok mamak tebar roti bom. Si mamak ni suka kasi pelanggan chance jadi penebar. So naiklah seorang mamat pakai aviator ke pentas tebar tuh. Waah, macam hebat ajer dia tebar. Aik, bukan roti bom kecik jer ker? Apsal mamat aviator ni tebar tinggi and besar sangat? Terkejelupooop dough tebar tuh jatuh atas muka dia sebab dia tak sempat tangkap. Semua dekat warung Ahter tu gelak ajer.
Affy rasa kesian pulak tapi dia gelak jugak. Mamat tuh hempas pulas nak cabut dough tuh dari muka. Haha.. lagi kelakar. Skali aviator dia tercabut. Terbangak Affy tengok muka familiar tuh. Laa, Rizman rupanyer. Hahaha. Barulah Affy bantai gelak. Skali gelak dia lah yang paling kuat so semua orang kat warung pandang Affy lak, termasuklah si Rizman tuh. Rizman siap sengih skali, padahal muka dia yang penuh tepung.
Gulp... Boyoi, Aida ngan Gaban pun terpempan tengok Affy. Dah giler apa kawan kita nie? Affy sengih ajer dekat derang tiga.
Skali ada tangan pegang bahu Affy. Tersentak Affy. Pandang belakang dia start gelak balik. Rizman rupanyer. And Rizman pun gelak skali.. hehe. Nampak comel pulak, pikir Affy. Mungkinkah sesuatu sudah terdetik di hati? A kuch kuch hota hai moment here.. KODAK PLEASE!!!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home