Thursday, July 21

Hentikanlah

untuk sahabat-sahabatku di bandar tempat kita semua membesar, bbb tercinta

Bermulalah kisah seorang gadis dan seorang jejaka. Segala pahit manis diharungi bersama. Dan segala pahit manis itu dirakam dan disebatikan dalam diri. Secara tidak sengaja, segala pahit manis itu juga tersemat sekali di kalangan sahabat handai di sekeliling yang sama ada berada bersama-sama ataupun yang hanya mendengar kisah dari yang lain. Segala yang bermula sudah tentu ada akhirnya, dan berakhirlah kisah si gadis dan si jejaka. Kisah itu adalah kisah cinta.

Ya, sudah tentu kisah cinta itu berakhir. Segala-galanya telah pun diletak di belakang minda dan apa yang ada di hati kini hanyalah doa dan harapan untuk segala-galanya di masa hadapan hanya kan bersinar dengan penuh kegembiraan dan restu dari Nya. Tiada lain. Tetapi, diganggu pula benak ini dengan terdengarnya segala pertikaian yang timbul. Pertikaian yang membuat benak ini rasa pilu. Pilu kerana adanya lagi pemikiran sebegitu terhadap diri ini. Pilu kerana tersisih. Pilu kerana diri ini dianggap lemah.

Ya, kisah cinta itu berakhir. Hilangnya cinta itu tak bermakna hilang juga persahabatan. Mungkin benar, tidak boleh bersahabat sekiranya bercinta. Karut! Karut sungguh. Namun, untuk menjaga hati, benak ini membiarkan sahaja. Namun, apa yang diri ini tidak mahu membiarkan ialah pertikaian yang berlaku. Mengapa perlu ada pertikaian ini? Mengapa?

Pertikaian apakah yang disebut-sebut ini?

Mengapa jemputan perlu dipilih? Mengapa cerita perlu ditapis? Mengapa bahasa perlu dilapis? Mengapa mata itu perlu tunduk bila nama disebut? Mengapa perlu diri itu tersentak apabila ada sahaja nama atau kisah dinaikkan? Wahai sahabat-sahabatku, jelaskan mengapa. Sila lah.

Pertikaian dari siapa?

Engkau, engkau dan sekalian engkau... sahabat-sahabatku.

Bila pula mempertikaikan?

Bila ku dibelakangmu, bila ku dihadapanmu.

Niatmu baik-baik belaka. Terima kasih kerana mahu menjaga hati diri ini. Terima kasih kerana mahu terus mendampingi diri ini. Namun engkau, engkau dan sekalian engkau perlu tahu bahawa diri ini masih lagi gagah dan kuat lagi berdiri di atas kaki sendiri. Hati ini amatlah tabah dan cekal. Masih banyak lagi perkara lain yang lebih penting buat masa ini. Usahlah sekalian engkau pertikaikan perasaan diri ini dan diri mereka. Jika tidak, hancurlah segala harapan untuk suatu jalinan persahabatan antara kita semua untuk terjalin.

Diri ini amat gembira untuk diri mereka, jesteru amat lebih gembira untuk diri sendiri. Wahai sahabat-sahabatku, tidak perlu lah sekalin engkau menapis apa jua cerita atau bahasa. Tidak perlu lah berkias di hadapanku. Tidak perlu lah menarik balik apa yang dikata sekiranya risau mengganggu perasaan ini. Sedarlah bahawa diri ini perlukan sekalian engkau untuk menjadi diri engkau sendiri. Anggaplah tiada apa terjadi dan sebutlah nama siapa pun. Diri ini tidak akan menangis ataupun tersedu hiba. Buat apa mahu ditangisi benda yang sudah lepas. Hanya akan menitis air mata sekiranya sekalian sahabat-sahabatku, merpertikaikan keputusan untuk terus menjadi sahabatku atau tidak. Hentikanlah...hentikanlah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Say Pssst!



Free Hit Counter
SmithandNoble.com


Officially Me
The favorite question of all time, "Why Me?". Ask again, "Why Not Me?". Nobody in this world is perfect enough to be hit by good luck all the time. "If Allah brings you to it, Allah will bring you through it" - YM Status MuDin. So as my life in Troy progresses as you read on, me and I both are trying the best to live life through, hopefully better than our yesterday and well prepared for our tomorrow.

FAMILY on the web
- Afiza - Babah - Izhal's Blog - Izhal's Fotos - Alfian - Farhantok -

RPIans, I Love
- Ipan, ANYET - eLLe^beLLe - Juliecious - Nawaal - Adilots - Ajan - Lana-chan - Taroi Oi Oi - Lyn Ghazale - Shaliza, click click - Marien, PerMYsuri - Fera Schmera - Sung, Mr Luqman - Nik Nizal - Nadia Musa - Dalila Dal - Hicam da Man - Adleena, Add - MissJaja -

FWENS, I Adore
- Iss - Felut - SheeDOT - dD, dDot! - Azmir*Kichka - EyesOfNabil -

JUZ lynx
- MASA@RPI - GooGle - TonTie*when ur bored - YOU TUBE - Cute games- Orisinal - Singing Horses -

ARCHIVES
March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 March 2006 April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 April 2007 July 2007 August 2007 September 2007 October 2007 February 2010

Powered by Blogger